BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ariff's Dream

Sunday, August 29, 2010

Happy fasting day!!

Selamat berpuasa sahabat2 sekalian...

Saturday, August 28, 2010

Kenangan abadi ‘SuperMokh’... (Ariff's Idol)


Sumber - Harian Metro

Allayarham Mokhtar tiada galang ganti, hanya memori indah jadi penyeri dan pengubat rindu

TANGGAL 11 Julai 1991 pasti diingati setiap peminat bola sepak tempatan, ia adalah tarikh negara kehilangan seorang pemain bola sepak terbaik yang pernah dilahirkan, iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih terkenal dengan nama “SuperMokh”.

Kini sudah 17 tahun pemergian Mokhtar akibat penyakit Mascular Dystrophy (MD), namun pepatah bahawa patah tumbuh hilang berganti yang sering digunakan tidak dapat disamakan dengan Mokhtar - sehingga ke hari ini tiada penyerang tempatan yang setanding dengan kelibat beliau dapat dihasilkan.

Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur dan bakat awalnya tersemai sejak di bangku sekolah lagi, di Sekolah Menengah Victoria (VI) potensi awalnya dalam bola sepak mula dikesan dan mendapat perhatian sehingga mewakili skuad Piala Burnley Selangor pada tahun 1971.

Selepas meninggalkan alam persekolahan, Mokhtar mula mewakili Selangor dalam saingan Piala Malaysia ketika berusia 19 tahun pada tahun 1972 hingga tahun 1986.

Dalam tempoh itu, Mokhtar membantu Selangor memenangi 10 kejuaraan Piala Malaysia, dan dua kali membantu pasukan negeri kelahirannya muncul naib juara pada tahun 1980 dan 1983.

Kali pertama kelibat Mokhtar dapat disaksikan pada perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada tahun 1972, Selangor menewaskan Perak 3-0 dan Mokhtar turut menjaringkan satu gol pada perlawanan itu.

Mokhtar mula mewakili negara pada tahun 1972 hingga 1985, dalam tempoh itu Mokhtar keluar daripada persaraan sebanyak tiga kali demi menyahut seruan membantu skuad negara.

Pestabola Merdeka adalah kejohanan yang banyak melonjakkan nama Mokhtar di peringkat antarabangsa, penampilan pertamanya di kejohanan itu ialah pada tahun 1973, skuad negara muncul juara menewaskan Maghribi 3-1 dan Mokhtar turut menjaringkan satu gol.

Penyerang legenda negara itu turut beraksi cemerlang pada perlawanan persahabatan bertemu Arsenal, pada tahun 1975 apabila menjaringkan dua gol menewaskan kelab gergasi Inggeris itu 2-0.

Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar diiktiraf sebagai penyerang terbaik Asia oleh majalah World Soccer dan turut dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1976.

Pada tahun 1978, Mokhtar berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika Malaysia seri 1-1 dengan England B yang dilatih Sir Bobby Robson ketika itu, aksi Mokhtar dan skuad negara ketika itu turut mendapat pujian Robson.

Ketika kariernya sudah sampai ke penghujung, Mokhtar masih menampilkan ciri-ciri pemain hebat walaupun kudratnya tidak segagah dulu. Kali terakhir Mokhtar dipanggil mewakili negara ialah pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 1985 di Seoul, Korea Selatan namun skuad negara tewas 0-2..

Kali terakhir Mokhtar mewakili Selangor ialah pada tahun 1986 ketika berusia 33 tahun, namun faktor usia tidak menghalangnya membantu Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-26 dan juga diumum pemain terbaik perlawanan akhir.

Namun, Mokhtar menarik balik persaraannya di peringkat negeri dan mewakili Selangor semusim lagi pada tahun 1987 selaku jurulatih merangkap pemain.

Ketika menjadi jurulatih dan selepas pertama kali didedahkan beliau mengidap penyakit MND itu, tidak menghalang Mokhtar untuk terus menabur khidmatnya. Malah, ketika berkerusi roda, beliau masih bersama anak buahnya di padang dan stadium memberi tunjuk ajar.

Namun, ajal dan maut, Allah yang menentukan dan pada jam 8.25 pagi, Khamis, 11 Julai 1991, Mokhtar meninggalkan peminat buat selama-lamanya pada usia 38 tahun.

Data
Mokhtar Dahari

Jolokan:SuperMokh
Tarikh Lahir:13 Nov 1953
Tempat Lahir:Setapak
Bapa:Dahari Abeng
Karier
Kelab:Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
Mula Wakili Selangor:Piala Burnley 1971
Piala Malaysia:Wakili Selangor 1972
Mula Wakili Negara:Pestabola Merdeka 1972
Kali Terakhir Wakili Negara:Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
Jumlah Perlawanan untuk negara:167
Gol Piala Malaysia:177
Gol Antarabangsa:125
Jaringan Terbaik:Gol penyamaan menentang England B pada 1978
Pencapaian:Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
Anugerah:Olahragawan Kebangsaan 1976

Friday, August 27, 2010

Ariff's team first eleven..Bukit Jalil Sports School..(Malaysia U-17 2010) Targeted by FAM to play in World Cup 2018/2022... InsyaAllah...Aminn.




Ariff with family celebrated as a champion in President Cup 2010...

Good luck Ariff for your hard work with your team in President Cup 2010 tournament.. One day you will play in Arsenal... Aminn..

Ariff in Newspaper...

Ariff and his team had press covered because of the won President Cup 2010... The tournament was very challenging because of Ariff's team was the youngest team (under-17) in the league. The won in final 1-o beated Kuala Lumpur under -20 team.